Monday, 28 April 2014

Jenayah Ragut


"Arghhh tolong! tolong! tolong call ambulans. isteri saya!"

Rizal melajukan langkah, selaju degupan jantungnya. Isteri tersayang yang sedang mengandungkan anak sulung mereka, sedang terbaring, layu di tengah jalan. Kejadian yang berlaku beberapa minit lepas, melahirkan perasaan geram, kecewa dan sesal yang maha dahsyat di dalam hatinya. Langkah semakin dilajukan, tanpa disedari air mata jantannya turut mengalir.

"Encik Rizal harap encik dapat bertenang. Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan isteri encik. Kandungan isteri encik terkoyak dari dalam, sekaligus turut.. erm..turut meragut nyawa isteri encik dan anak"

Doktor hashim meletakkan tangan di atas bahu encik Rizal, helaan berat dilepaskan. Dengan nada suara yang perlahan dan seakan memujuk, dia berkata

"Bersabarlah encik, Allah lebih menyayangi mereka"

Bagi Rizal, pujukan itu sudah tiada maknanya lagi. Hidupnya seakan-akan gelap, kelam. Dia terduduk, dan menangis. Biarpun ada beberapa mata memandang kelakuannya, tapi bagi dia itu sudah tiada makna. Dia kehilangan segala-galanya.

Ragut. Perkataan itu berulang-ulang di dalam fikirannya. Kedengaran suara Doktor Hashim,.."meragut nyawa isteri dan anak"

Rizal menyesal yang teramat, kerana membiarkan isterinya keluar dari kereta berseorangan, sedangkan dia sibuk menjawap panggilan telefon. Dia menyesal kerana tidak berupaya melidungi isterinya..dan kini dia kehilangan kedua-duanya

"Syasya, maafkan abang..maafkan papa.." Suara Rizal sebak, air mata tidak berhenti tumpah, membasahi pipinya. Doa dipanjatkan smeoga kesabaran bersamanya. Tidak disangka, isteri dan anak tersayang, maut di tangan peragut atas kelalaian dia sendiri.

Pengenalan
 
Ini bukanlah sebuah cerita rekaan. Kes ragut, jenayah yang makin berleluasa, kejam tanpa mengenal mangsa. Seperti cerita di atas, kejadian ragut yang serupa berlaku di Ipoh, pada 14 April 2014 apabila rantai yang dipakai oleh mangsa diragut sehingga menyebabkan motorsikal yang dinaiki terbabas, lalu merempuh jalan.

Penjenayah kini semakin liar, seolah-olah tidak mempunyai sikap keperimanusiaan. Mangsa ragut bukan sahaja dirampas barang-barang dengan paksa, malah turut dicederakan..serta, dibunuh.
Berikut adalah contoh keratan akhbar yang menunjukkan kekejaman jenayah ragut ini.



Kelantan tidak ketinggalan dalam berhadapan dengan jenayah meragut ini. Berikut adalah dua contoh kes ragut yang berlaku di sekitar negeri Cik Siti Wan Kembang:

Kes 1
Seorang pelajar cedera di mulut dan sebelah tangan akibat kejadian ragut yang berlaku selepas pulang daripada bermain futsal. Mangsa mengalami sedikit kecederaan semasa bergelut dengan peragut kerana lelaki tersebut cuba menikamnya menggunakan sebatang pemutar skru. Mangsa dan rakannya didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda dan bertanyakan jalan keluar dari kawasan kejiranan situ, namun terkejut apabila dompetnya dirampas secara kasar oleh lelaki terbabit.

Kes 2
mangsa baru saja keluar dari keretanya untuk ke kedai pakaian apabila suspek yang bermotosikal cuba meragut beg tangannya.
Suspek gagal mengambil beg tangan Rohairani, lalu salah seorang daripada mereka menetak tangan kirinya sehingga hampir putus.
Kejadian ini berlaku dikawasan sekitar Jalan Che Su di Kota Bharu

Siapa yang meragut?


Sila klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut

Sama-sama membanteras Jenayah Ragut









No comments:

Post a Comment