Tuesday, 29 April 2014

Jenayah Rogol



  

Rogol boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan atau perlakuan seks ganas seperti memperkosa mangsa khususnya perempuan secara paksaan atau tanpa kerelaan si mangsa.

Pendahuluan:
Jenayah rogol semakin dahsyat dan berleluasa. Lebih teruk lagi mangsa diliwat dan dibunuh dengan kejam tanpa perasaan betas kasihan. Jumlah kes rogol di Kelantan meningkat sebanyak 26 peratus pada tahun lepas (Utusan Malaysia)
Apa yang lebih membimbangkan, sebahagian besar jenayah berat ini dilakukan ­oleh golongan remaja lelaki dan mangsa rogol pula adalah terdiri daripada remaja perempuan termasuklah kanak-kanak. 
 Berikut adalah fakta mengenai kadar jenayah rogol di negeri Kelantan.

Fakta: 
  • Berdasarkan statistik mengikut daerah, Kota Bharu mencatat kes tertinggi iaitu 45 kes diikuti Bachok dan Pasir Mas (23) manakala Pasir Puteh dan Tanah Merah (22). 
  • Pil kuda dikesan menjadi antara penyebab kes rogol di negeri ini. Penagih biasanya ingin keseronokan selepas mendapat pil itu dan melepaskan nafsu mereka terhadap wanita.
Kes 1:
5 Julai 2003, Petaling Jaya:
Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dihukum penjara 9 tahun setelah mengaku bersalah merogol adik kandungnya berumur 15 tahun.
Kes 2:
Mayat Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.
Kes 3:
Mayat Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.
Video dibawah menunjukkan rakaman cubaan rogol yang berlaku di Johor.


Ok, kita telah melihat definisi dan contoh kes yang berlaku di sekitar Malaysia, sekarang mari kita sama-sama melihat punca berlakunya kes rogol dan cara untuk mengatasinya. Semoga kelakuan yang tidak bermoral ini dapat dihentikan terutamanya di antara remaja di sekolah.

Punca kejadian rogol:
  1. Ketagihan dadah dan minuman keras yang boleh merangsang seks si penjenayah rogol.
  2. Dorongan dan pengaruh VCD lucah dan internet yang amat berleluasa,
  3. Pergaulan yang bebas dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan, dan banyak lagi.
  4. Mangsa suka melalui jalan, lorong atau tempat sunyi atau kawasan semak,
  5. Mudah menerima pelawaan orang lain dan mudah mempercayai kata-kata sama ada orang yang tidak dikenali atau baru dikenali.
Bagaimana mencegah rogol?:
  1. Dengarlah nasihat kedua-dua ibu bapa, guru-guru atau orang yang lebih tua daripada kita.
  2. Jangan mudah mempercayai kata-kata orang yang baru kita kenali.
  3. Elakkan berjalan secara bersendirian.
  4. Jangan sekali-kali menggunakan jalan atau lorong atau kawasan yang sunyi, semak-samun atau gelap.
  5. Jika anda diperhatikan atau diekori oleh seseorang yang mencurigakan, segeralah melarikan diri ke tempat yang ramai orang.





Kes buli paling ganas di Malaysia...




Sewaktu zaman persekolahan dulu (terutama jika anda tinggal di asrama) pernahkah anda kena BULI....??? Era 70an hingga 80an dulu....BULI seolah-olah perkara WAJIB ke atas pelajar-pelajar yang baru masuk ke asrama dan biasanya dilakukan secara berkumpulan olah pelajar-pelajar senior. Tidak dinafikan walaupun pihak sekolah seringkali menafikan) BULI yang dilakukan selalunya sangat 'KEJAM' dan ada juga yang diluar akal fikiran..!!! 

Kes buli atau lebih dikenali sebagai ragging merupakan satu aktiviti tidak bermoral yang sering dilakukan oleh pelajar terutama pelajar senior. Kes seperti ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sudah menjadi lumrah apabila pelajar baru masuk ke sekolah atau universiti, pelajar senior akan memainkan
‘peranan’ mereka. Namun tahukah anda, bahawa pada tahun 1989 terdapat kes buli yang dianggap paling panas di Malaysia. Benarkah?

“Peloncolan” ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, “peloncolan” sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris, ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah “buli”, tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai “mendera".



Kes Buli 1989




Kes Buli yang paling terkenal di Malaysia – walaupun mungkin telah lama dilupakan – berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes buli tersebut sebagai “barbaric” (sangat kejam) dan “sadistic” (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau “senior” dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau “freshie” dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM.
Penderaan yang dilakukan dalam kes buli terkenal di UPM itu ialah:
  • Menampar freshies
  • Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel
Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantung pengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah dibebaskan daripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.


Jadi, kejadian buli yang semakin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan universiti harus dibendung serta-merta :)
Semua pihak harus bekerjasama dengan pihak polis untuk menerangi masalah ini.

Monday, 28 April 2014

Jenayah Ragut


"Arghhh tolong! tolong! tolong call ambulans. isteri saya!"

Rizal melajukan langkah, selaju degupan jantungnya. Isteri tersayang yang sedang mengandungkan anak sulung mereka, sedang terbaring, layu di tengah jalan. Kejadian yang berlaku beberapa minit lepas, melahirkan perasaan geram, kecewa dan sesal yang maha dahsyat di dalam hatinya. Langkah semakin dilajukan, tanpa disedari air mata jantannya turut mengalir.

"Encik Rizal harap encik dapat bertenang. Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan isteri encik. Kandungan isteri encik terkoyak dari dalam, sekaligus turut.. erm..turut meragut nyawa isteri encik dan anak"

Doktor hashim meletakkan tangan di atas bahu encik Rizal, helaan berat dilepaskan. Dengan nada suara yang perlahan dan seakan memujuk, dia berkata

"Bersabarlah encik, Allah lebih menyayangi mereka"

Bagi Rizal, pujukan itu sudah tiada maknanya lagi. Hidupnya seakan-akan gelap, kelam. Dia terduduk, dan menangis. Biarpun ada beberapa mata memandang kelakuannya, tapi bagi dia itu sudah tiada makna. Dia kehilangan segala-galanya.

Ragut. Perkataan itu berulang-ulang di dalam fikirannya. Kedengaran suara Doktor Hashim,.."meragut nyawa isteri dan anak"

Rizal menyesal yang teramat, kerana membiarkan isterinya keluar dari kereta berseorangan, sedangkan dia sibuk menjawap panggilan telefon. Dia menyesal kerana tidak berupaya melidungi isterinya..dan kini dia kehilangan kedua-duanya

"Syasya, maafkan abang..maafkan papa.." Suara Rizal sebak, air mata tidak berhenti tumpah, membasahi pipinya. Doa dipanjatkan smeoga kesabaran bersamanya. Tidak disangka, isteri dan anak tersayang, maut di tangan peragut atas kelalaian dia sendiri.

Pengenalan
 
Ini bukanlah sebuah cerita rekaan. Kes ragut, jenayah yang makin berleluasa, kejam tanpa mengenal mangsa. Seperti cerita di atas, kejadian ragut yang serupa berlaku di Ipoh, pada 14 April 2014 apabila rantai yang dipakai oleh mangsa diragut sehingga menyebabkan motorsikal yang dinaiki terbabas, lalu merempuh jalan.

Penjenayah kini semakin liar, seolah-olah tidak mempunyai sikap keperimanusiaan. Mangsa ragut bukan sahaja dirampas barang-barang dengan paksa, malah turut dicederakan..serta, dibunuh.
Berikut adalah contoh keratan akhbar yang menunjukkan kekejaman jenayah ragut ini.



Kelantan tidak ketinggalan dalam berhadapan dengan jenayah meragut ini. Berikut adalah dua contoh kes ragut yang berlaku di sekitar negeri Cik Siti Wan Kembang:

Kes 1
Seorang pelajar cedera di mulut dan sebelah tangan akibat kejadian ragut yang berlaku selepas pulang daripada bermain futsal. Mangsa mengalami sedikit kecederaan semasa bergelut dengan peragut kerana lelaki tersebut cuba menikamnya menggunakan sebatang pemutar skru. Mangsa dan rakannya didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda dan bertanyakan jalan keluar dari kawasan kejiranan situ, namun terkejut apabila dompetnya dirampas secara kasar oleh lelaki terbabit.

Kes 2
mangsa baru saja keluar dari keretanya untuk ke kedai pakaian apabila suspek yang bermotosikal cuba meragut beg tangannya.
Suspek gagal mengambil beg tangan Rohairani, lalu salah seorang daripada mereka menetak tangan kirinya sehingga hampir putus.
Kejadian ini berlaku dikawasan sekitar Jalan Che Su di Kota Bharu

Siapa yang meragut?


Sila klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut

Sama-sama membanteras Jenayah Ragut