1.0) Pengenalan
Jenayah juvana - Perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remaja yang
bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan
sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan
ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak
asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
2.0) Punca-punca
1) Peranan ibu bapa
begitu penting dalam mendidik anak-anak. Ada juga dalam kalangan ibu
bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah
kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah
terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini.
Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam
pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman
teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk
bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan
tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan
yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak
pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh.
2) Pengaruh rakan sebaya
juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan
pelajar-pelajar. Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami
masalah keluarga mudak dipengaruhi. Ini kerana mereka berasa bergaul
dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu,
hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan
selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu
seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari
rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima
oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja
yang disuruh oleh rakan sebaya mereka.
3) Media massa juga
menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan seperti
internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk
berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak
juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk
memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan
sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol,
bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.
3.0) Kesan-kesan
Kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan modal insan yang berkaliber sekaligus mengugatkan keselamatan negara.Kita
boleh cuba bayangkan akibat sekiranya remaja-remaja kini yang ada
sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa
depan. Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya kerugian harta benda,terputusnya hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa.
Masyarakat terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku
jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan
program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami
kerugian dari segi wang ringgit.
4.0) Jenis-jenis jenayah
Berikut adalah contoh-contoh jenayah yang berlaku di sekolah-sekolah Malaysia: