Blog Kelab Pencegahan Jenayah SMK Panji ditubuhkan oleh Cik Farah Wahidah dan Cik Mageswary pada 28 April 2014. Blog ini dicipta sebagai sokongan kepada aktiviti KPJ sekolah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berikut adalah matlamat penubuhan blog ini:
i) Membangkitkan kesedaran dan kepekaan
murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling
mereka.
ii) Mewujudkan kerjasama yang erat di
antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah
sama ada di dalam atau di luar sekolah.
iii) Membentuk komuniti murid yang
mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai
kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan aman.
Objektif Blog KPJ SMK Panji:
Melahirkan kesedaran dan rasa
tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
Menanamkan nilai-nilai moral yang
tinggi di kalangan murid.
Menimbulkan kesedaran bahawa
pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah
Menyediakan garis panduan tentang
cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
Melahirkan murid-murid yang
bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.
1.0) Pengenalan Jenayah juvana - Perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remajayang
bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan
sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan
ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak
asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
2.0) Punca-punca
1) Peranan ibu bapa
begitu penting dalam mendidik anak-anak. Ada juga dalam kalangan ibu
bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah
kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah
terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini.
Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam
pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman
teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk
bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan
tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan
yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak
pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh.
2) Pengaruh rakan sebaya
juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan
pelajar-pelajar. Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami
masalah keluarga mudak dipengaruhi. Ini kerana mereka berasa bergaul
dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu,
hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan
selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu
seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari
rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima
oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja
yang disuruh oleh rakan sebaya mereka.
3) Media massajuga
menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan seperti
internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk
berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak
juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk
memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan
sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol,
bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.
3.0) Kesan-kesan
Kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan modal insan yangberkalibersekaligus mengugatkan keselamatan negara.Kita
boleh cuba bayangkan akibat sekiranya remaja-remaja kini yang ada
sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa
depan. Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya kerugian harta benda,terputusnyahubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa.
Masyarakat terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku
jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan
program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami
kerugian dari segi wang ringgit.
4.0) Jenis-jenis jenayah Berikut adalah contoh-contoh jenayah yang berlaku di sekolah-sekolah Malaysia:
Rogol
boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan atau perlakuan seks ganas
seperti memperkosa mangsa khususnya perempuan secara paksaan atau tanpa
kerelaan si mangsa.
Pendahuluan:
Jenayah
rogol semakin dahsyat dan berleluasa. Lebih teruk lagi mangsa diliwat
dan dibunuh dengan kejam tanpa perasaan betas kasihan. Jumlah kes rogol di Kelantan meningkat sebanyak 26
peratus pada tahun lepas (Utusan Malaysia)
Apa
yang lebih membimbangkan, sebahagian besar jenayah berat ini dilakukan
oleh golongan remaja lelaki dan mangsa rogol pula adalah terdiri
daripada remaja perempuan termasuklah kanak-kanak.
Berikut adalah fakta mengenai kadar jenayah rogol di negeri Kelantan.
Fakta:
Berdasarkan statistik mengikut daerah, Kota
Bharu mencatat kes tertinggi iaitu 45 kes diikuti Bachok dan Pasir Mas
(23) manakala Pasir Puteh dan Tanah Merah (22).
Pil kuda dikesan menjadi antara penyebab kes rogol di negeri
ini. Penagih biasanya ingin keseronokan selepas mendapat
pil itu dan melepaskan nafsu mereka terhadap wanita.
Kes 1:
5 Julai 2003, Petaling Jaya:
Seorang
remaja lelaki berumur 18 tahun dihukum penjara 9 tahun setelah mengaku
bersalah merogol adik kandungnya berumur 15 tahun.
Kes 2:
Mayat
Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam
keadaan separuh bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter
dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol
sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.
Kes 3:
Mayat
Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam
keadaan separuh bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter
dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol
sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.
Video dibawah menunjukkan rakaman cubaan rogol yang berlaku di Johor.
Ok, kita telah melihat definisi dan contoh kes yang berlaku di sekitar Malaysia, sekarang mari kita sama-sama melihat punca berlakunya kes rogol dan cara untuk mengatasinya. Semoga kelakuan yang tidak bermoral ini dapat dihentikan terutamanya di antara remaja di sekolah.
Punca kejadian rogol:
Ketagihan dadah dan minuman keras yang boleh merangsang seks si penjenayah rogol.
Dorongan dan pengaruh VCD lucah dan internet yang amat berleluasa,
Pergaulan yang bebas dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan, dan banyak lagi.
Mangsa suka melalui jalan, lorong atau tempat sunyi atau kawasan semak,
Mudah menerima pelawaan orang lain dan mudah mempercayai kata-kata sama ada orang yang tidak dikenali atau baru dikenali.
Bagaimana mencegah rogol?:
Dengarlah nasihat kedua-dua ibu bapa, guru-guru atau orang yang lebih tua daripada kita.
Jangan mudah mempercayai kata-kata orang yang baru kita kenali.
Elakkan berjalan secara bersendirian.
Jangan sekali-kali menggunakan jalan atau lorong atau kawasan yang sunyi, semak-samun atau gelap.
Jika anda diperhatikan atau diekori oleh seseorang yang mencurigakan, segeralah melarikan diri ke tempat yang ramai orang.
Sewaktu
zaman persekolahan dulu (terutama jika anda tinggal di asrama) pernahkah anda
kena BULI....??? Era 70an hingga 80an dulu....BULI seolah-olah perkara WAJIB ke
atas pelajar-pelajar yang baru masuk ke asrama dan biasanya dilakukan secara
berkumpulan olah pelajar-pelajar senior. Tidak dinafikan walaupun pihak
sekolah seringkali menafikan) BULI yang dilakukan selalunya sangat 'KEJAM' dan
ada juga yang diluar akal fikiran..!!! Kes
buli atau lebih dikenali sebagai ragging merupakan satu aktiviti tidak bermoral
yang sering dilakukan oleh pelajar terutama pelajar senior. Kes seperti ini
bukanlah satu perkara yang baru kerana sudah menjadi lumrah apabila pelajar
baru masuk ke sekolah atau universiti, pelajar senior akan memainkan ‘peranan’
mereka. Namun tahukah anda, bahawa pada tahun 1989 terdapat kes buli yang
dianggap paling panas di Malaysia. Benarkah? “Peloncolan”
ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, “peloncolan” sering
digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris, ragging. Di Malaysia,
ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak
fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar)
tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari
ini ialah “buli”, tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih
selesa menterjemahkannya sebagai “mendera".
Kes Buli 1989
Kes Buli yang paling terkenal di
Malaysia – walaupun mungkin telah lama dilupakan – berlaku pada Julai 1989.
Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes buli tersebut
sebagai “barbaric” (sangat kejam) dan “sadistic” (penyeksaan untuk mendapat
keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau
“senior” dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM di Selangor) yang mendera 6
orang pelajar lelaki junior atau “freshie” dari universiti yang sama. Kejadian
berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km
dari kampus UPM.
Penderaan yang dilakukan dalam kes
buli terkenal di UPM itu ialah:
Menampar freshies
Memaksa freshies menari dalam
keadaan bogel
Setelah mendapat aduan mengenai penderaan
yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989
selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang
dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior
tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi
telah digantung pengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta
merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah
dibebaskan daripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar
menjadi pemerhati.
Jadi, kejadian buli yang semakin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan universiti harus dibendung serta-merta :)
Semua pihak harus bekerjasama dengan pihak polis untuk menerangi masalah ini.