Sunday 4 May 2014

Latar Belakang Blog KPJ SMK Panji

Blog Kelab Pencegahan Jenayah SMK Panji ditubuhkan oleh Cik Farah Wahidah dan Cik Mageswary pada 28 April 2014. Blog ini dicipta sebagai sokongan kepada aktiviti KPJ sekolah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Berikut adalah matlamat penubuhan blog ini:

i) Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka. 

ii) Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

iii) Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.


Objektif Blog KPJ SMK Panji:
  • Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
  • Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
  • Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah
  • Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
  • Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Saturday 3 May 2014

Jenis -jenis jenayah




1.0) Pengenalan   
Jenayah juvana - Perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remaja  yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya.



2.0) Punca-punca
1) Peranan ibu bapa begitu penting dalam mendidik anak-anak. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini. Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh.

2) Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar-pelajar. Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga mudak dipengaruhi. Ini kerana mereka berasa bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka.
3) Media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.


 3.0) Kesan-kesan
Kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan modal insan yang berkaliber sekaligus mengugatkan keselamatan negara.Kita boleh cuba bayangkan akibat sekiranya remaja-remaja kini yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa depan. Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya kerugian harta benda,terputusnya hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa. Masyarakat terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. 



4.0) Jenis-jenis jenayah
Berikut adalah contoh-contoh jenayah yang berlaku di sekolah-sekolah Malaysia:




Tuesday 29 April 2014

Jenayah Rogol



  

Rogol boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan atau perlakuan seks ganas seperti memperkosa mangsa khususnya perempuan secara paksaan atau tanpa kerelaan si mangsa.

Pendahuluan:
Jenayah rogol semakin dahsyat dan berleluasa. Lebih teruk lagi mangsa diliwat dan dibunuh dengan kejam tanpa perasaan betas kasihan. Jumlah kes rogol di Kelantan meningkat sebanyak 26 peratus pada tahun lepas (Utusan Malaysia)
Apa yang lebih membimbangkan, sebahagian besar jenayah berat ini dilakukan ­oleh golongan remaja lelaki dan mangsa rogol pula adalah terdiri daripada remaja perempuan termasuklah kanak-kanak. 
 Berikut adalah fakta mengenai kadar jenayah rogol di negeri Kelantan.

Fakta: 
  • Berdasarkan statistik mengikut daerah, Kota Bharu mencatat kes tertinggi iaitu 45 kes diikuti Bachok dan Pasir Mas (23) manakala Pasir Puteh dan Tanah Merah (22). 
  • Pil kuda dikesan menjadi antara penyebab kes rogol di negeri ini. Penagih biasanya ingin keseronokan selepas mendapat pil itu dan melepaskan nafsu mereka terhadap wanita.
Kes 1:
5 Julai 2003, Petaling Jaya:
Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dihukum penjara 9 tahun setelah mengaku bersalah merogol adik kandungnya berumur 15 tahun.
Kes 2:
Mayat Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.
Kes 3:
Mayat Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.
Video dibawah menunjukkan rakaman cubaan rogol yang berlaku di Johor.


Ok, kita telah melihat definisi dan contoh kes yang berlaku di sekitar Malaysia, sekarang mari kita sama-sama melihat punca berlakunya kes rogol dan cara untuk mengatasinya. Semoga kelakuan yang tidak bermoral ini dapat dihentikan terutamanya di antara remaja di sekolah.

Punca kejadian rogol:
  1. Ketagihan dadah dan minuman keras yang boleh merangsang seks si penjenayah rogol.
  2. Dorongan dan pengaruh VCD lucah dan internet yang amat berleluasa,
  3. Pergaulan yang bebas dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan, dan banyak lagi.
  4. Mangsa suka melalui jalan, lorong atau tempat sunyi atau kawasan semak,
  5. Mudah menerima pelawaan orang lain dan mudah mempercayai kata-kata sama ada orang yang tidak dikenali atau baru dikenali.
Bagaimana mencegah rogol?:
  1. Dengarlah nasihat kedua-dua ibu bapa, guru-guru atau orang yang lebih tua daripada kita.
  2. Jangan mudah mempercayai kata-kata orang yang baru kita kenali.
  3. Elakkan berjalan secara bersendirian.
  4. Jangan sekali-kali menggunakan jalan atau lorong atau kawasan yang sunyi, semak-samun atau gelap.
  5. Jika anda diperhatikan atau diekori oleh seseorang yang mencurigakan, segeralah melarikan diri ke tempat yang ramai orang.





Kes buli paling ganas di Malaysia...




Sewaktu zaman persekolahan dulu (terutama jika anda tinggal di asrama) pernahkah anda kena BULI....??? Era 70an hingga 80an dulu....BULI seolah-olah perkara WAJIB ke atas pelajar-pelajar yang baru masuk ke asrama dan biasanya dilakukan secara berkumpulan olah pelajar-pelajar senior. Tidak dinafikan walaupun pihak sekolah seringkali menafikan) BULI yang dilakukan selalunya sangat 'KEJAM' dan ada juga yang diluar akal fikiran..!!! 

Kes buli atau lebih dikenali sebagai ragging merupakan satu aktiviti tidak bermoral yang sering dilakukan oleh pelajar terutama pelajar senior. Kes seperti ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sudah menjadi lumrah apabila pelajar baru masuk ke sekolah atau universiti, pelajar senior akan memainkan
‘peranan’ mereka. Namun tahukah anda, bahawa pada tahun 1989 terdapat kes buli yang dianggap paling panas di Malaysia. Benarkah?

“Peloncolan” ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, “peloncolan” sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris, ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah “buli”, tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai “mendera".



Kes Buli 1989




Kes Buli yang paling terkenal di Malaysia – walaupun mungkin telah lama dilupakan – berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes buli tersebut sebagai “barbaric” (sangat kejam) dan “sadistic” (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau “senior” dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau “freshie” dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM.
Penderaan yang dilakukan dalam kes buli terkenal di UPM itu ialah:
  • Menampar freshies
  • Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel
Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantung pengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah dibebaskan daripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.


Jadi, kejadian buli yang semakin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan universiti harus dibendung serta-merta :)
Semua pihak harus bekerjasama dengan pihak polis untuk menerangi masalah ini.